KUIPSAS

KUIPSAS adalah IPT Milik Penuh Kerajaan Negeri Pahang beralamat KM 8 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang

Pengenalan

KUIPSAS

Kolej Universiti yang cukup sinonim dengan Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ini telah dirasmikan pada 16 November 2000 bersamaan 19 Syaaban 1421H. Almarhum Sultan Ahmad Shah menjadi simbol dan lambang kegemilangan KUIPSAS di negeri Pahang.

KUIPSAS telah 25 tahun memacu kecemerlangan pendidikan tinggi Islam di negeri Pahang dan menghasilkan sumber modal insan yang berkualiti dan bertepatan dengan aspirasi pasaran kerjaya.

KENAPA PERLU

BELAJAR DI KUIPSAS?

Lokasi strategik berdekatan bandar Kuantan & asrama penginapan disediakan di dalam kampus.

Pensyarah Berkelayakan.

Sistem Pengurusan Berkualiti melalui Pensijilan ISO dan MS.

Dilantik sebagai Pusat Rujukan Tulisan Jawi Negeri Pahang.

Belajar secara selamat bagi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

Tiada had umur dan terbuka kepada semua negeri asal.

Terbuka kepada Sek. Men. Agama / Sek. Men. Kebangsaan dan setaraf. 

Pembiayaan Pendidikan melalui permohonan PTPTN

Pulang dari Timur Tengah ditawarkan pindahan kredit secara horizontal.

Komited melahirkan graduan seimbang dalam kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.

Berpeluang menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

IPT milik penuh Kerajaan Negeri Pahang.

Program pengajian diiktiraf MQA dan mesra pasaran kerjaya.


Berpengalaman 25 tahun dalam sektor pengajian tinggi dan mempunyai
persekitaran kampus yang kondusif.

FAKULTI

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

FAKULTI PENGURUSAN DAN INFORMATIK

FAKULTI PENGAJIAN BAHASA DAN ASASI

SYARAT KEMASUKAN (MINIMUM)

Diploma

Lulus SPM dengan 3 Kepujian dan Lulus Bahasa Melayu.

Asasi

Lulus SPM dengan 5 Kepujian dan Lulus Bahasa Melayu.

Ijazah Sarjana Muda

Lulus STAM Pangkat Maqbul / Lulus STPM PNGK 2.00 dan Lulus Penuh 2 Mata Pelajaran / Lulus Diploma PNGK 2.00 / Lulus Asasi atau Matrikulasi PNGK 2.00.

Ijazah Sarjana

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam PNGK 2.75.

Isi Borang Untuk Kami Hubungi.